Apple baru sahaja mengumumkan telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone SE pada acara Apple Keynote.

Seperti acara-acara Apple sebelum ini, telefon pintar iPhone pasti menjadi topik hangat yang dibincangkan selain pelancaran iPad Pro yang terbaru.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →

iPhone SE dilengkapi dengan skrin bersaiz 4 inci dan bakal menjadi pengganti buat telefon pintar mereka sebelum ini yang mempunyai saiz yang sama iaitu iPhone 5S.

CeFs0bLUAAA4Jyv.jpg-large

Sejujurnya apabila Apple mula mengumumkan rekabentuk iPhone SE perkara pertama yang terlintas di fikiran kami adalah tentang rekabentuk iPhone SE yang sangat mirip dengan iPhone 5S. Warna rose gold juga turut disediakan buat iPhone SE manakala ruang storan terendah buat iPhone SE adalah 16GB.

CeFu2LvWoAAs1BX.jpg-large

Apa yang menarik perhatian kami adalah Apple berjaya untuk menyediakan sebuah telefon pintar yang bersaiz kecil tanpa mengorbankan ciri-ciri menarik serta spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6S.

Bukan itu sahaja, kamera yang sama digunakan pada iPhone 6S akan digunakan pada iPhone SE. Ciri-ciri seperti Live Photo dan rakaman 4K turut disediakan.

apple-iphone-se-ipad-pro-event-verge-341.0

Harga bagi iPhone SE 16GB adalah $399 dan $499 buat iPhone SE 64GB. Kami jangkakan iPhone SE 16GB akan dijual pada pasaran Malaysia dengan harga yang sama dengan iPhone 5S iaitu RM2199.

Buat anda yang menggunakan iPhone 5 atau 5S dan mahu dapatkan mendapatkan iPhone yang mempunyai kuasa pemprosesan yang 2 kali ganda lebih baik serta saiz skrin yang sama, iPhone SE pasti menjadi pilihan yang terbaik buat anda.

Anda Mungkin Suka