Sejak beberapa bulan lalu, Apple telah mengumumkan mereka akan sedia menawarkan perlawanan Major League Soccer (MLS) menerusi Apple TV+ menerusi kerjasama selama 10 tahun. Menerusi kerjasama ini, para peminat berpeluang menonton perlawanan MLS seperti Leagues Cup dan juga kandungan MLS NEXT Pro dan MLS Next.

Terbaharu, Apple secara rasminya telah mengumumkan MLS akan sedia menawarkan MLS menerusi Pas Bermusim MLS. Dalam erti kata lain, peminat yang berminat berpeluang melanggan untuk menonton perlawanan MLS secara siaran langsung mahupun ulangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerjasama ini turut menyaksikan 29 kelab akan mempnyai logo Apple TV pada jersi masing-masing serta sedia untuk diakses pada aplikasi Appe TV pada seleksi peranti.

Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan harga langganan bagi pakej MLS yang akan ditawarkan pada tahun hadapan.