Jika sebelum ini, Apple perlu mengesahkan terlebih dahulu semua komponen yang digunakan tulen sebelum mereka membenarkan pekerja mereka membaiki peranti tersebut.

Namun kini, berita baik buat pengguna Iphone sekalian kerana Apple telah dikatakan akan melonggarkan sedikit peraturannya dengan membenarkan juruteknik membaiki peranti yang Iphone yang rosak meskipun sekiranya didapati peranti tersebut menggunakan bateri daripada pihak ketiga dan ianya telah berkuatkuasa secara global.

Bateri-iPhone-Xs-Max

Pembaikan ini termasuklah peranti yang memerlukan penukaran bateri mahupun tidak. Pihak Apple juga akan menggantikan bateri tulen pada peranti tersebut sekiranya didapati bateri yang perlu digantikan itu menggunakan bateri daripada pihak ketiga.

Malah, Apple juga akan menggantikan peranti baru buat peranti yang mempunyai kerosakan teruk pada bahagian dalaman sehingga sukar untuk dibaiki dengan syarat peranti tersebut masih berada dalam waranti.

Sumber: Tfix

Ini sesuatu yang mengejutkan buat kita semua kerana jika dilihat sebelum ini, pihak Apple mempunyai prinsip dan ketegasan dalam pembaikan peranti mereka, lebih-lebih lagi mengenai komponen-komponen yang digunakan didalam peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, ia merupakan berita baik buat anda semua dan kepada pengguna Iphone yang mengalami kerosakan Iphone, anda hanya perlu menghantar peranti anda ke pusat servis Apple yang sah untuk dibaiki tanpa perlu risau akan komponen yang ada di dalam peranti anda tulen mahupun tidak.