Sebut mengenai syarikat Apple pasti ramai orang cukup mengenalinya. Berjaya memposisikan syarikat mereka dengan penawaran barangan premium serta disukai ramai berjaya membolehkan syarikat ini memperoleh keuntungan yang tinggi setiap tahun.

Pada minggu ini, siapa sangka Apple berjaya muncul sebagai syarikat pertama dunia mencapai nilai $2 trilion (~RM8.35 trilion). Apa yang lebih menarik, Apple berjaya mencapai nilai trilion kedua mereka selepas hanya 2 tahun mendapatkan $1 trilion pertama yang mengambil masa selama 42 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2020_04_15_at_4.13.10_PM.0

Sebagai rekod, nilai syarikat Apple berada di paras terendah pada tahun ini iaitu sekitar pertengahan Mac lalu dengan nilai di bawah $1 trilion berikutan kehadiran wabak COVID-19. Dalam pada itu, saham syarikat ini kembali meningkat semula sejak akhir-akhir ini membolehkan Apple mencapai rekod baharu.

Kejayaan yang diperoleh ini pastinya tidak dicapai jika tidak kerana kehebatan CEO Apple, Tim Cook. Meskipun beliau dikecam kerana kurang inovasi seperti zaman Steve Jobs, kecekepan beliau dapat meraih keuntungan ini sememangnya tidak dapat dinafikan.

Menerusi ura-ura terbaharu, Apple dijangka bakal melancarkan iPhone 12 pada 12 Oktober ini. Ketahui juga mengenai isu pergaduhan antara Epic Games selaku pembangun Fortnite bersama Apple.

Apple iPhone 12 Dijangka Bakal Dilancarkan 12 Oktober Ini

Disekat Kerana Langgar Peraturan, Fortnite Hadir Dengan Video ‘Perli’ Iklan Apple