Setelah kemunculan kali terakhir pada tahun 2015 yang lalu, Apple kini dalam perancangan untuk mengeluarkan semula iPod Touch kepada peminat setia jenama tersebut.

Menurut laporan blog tempatan di Jepun, Macotakara melaporkan bahawa Apple mungkin akan menyusun semula rekaan dan menambah baik kebolehan iPod Touch sedia ada berdasarkan kesesuaian pengguna masa kini. Sebelumnya, Apple pernah memperkenalkan iPod Nano dan iPod Shuffle pada tahun 2017 dan masih mengekalkan pengeluaran iPod Touch generasi ke-6.

AMIRUDIN SHARI
HYPE
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
Baca lagi →

ipod-touch-6-pink-demo-hero

Pengeluaran iPod Touch terbaharu ini dijangka akan menjadi permintaan ramai lebih-lebih lagi dari golongan muda yang kurang memerlukan ciri komunikasi dan lebih meluangkan banyak masa untuk mendengar lagu, menonton video dan aplikasi hiburan yang lain. iPod Touch baharu ini juga mungkin akan disokong dengan sistem iOS 12.2 beta.

Anda Mungkin Suka