Pada minggu ini kita dikejutkan dengan pelancaran secara atas talian model terbaru Apple iaitu iPhone SE. Model yang sebelum ini hanyalah sekadar ura-ura nampaknya berjaya menjadi kenyataan serta membuatkan orang ramai teruja dengan harga penawarannya serendah RM1,999.

Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan processor Apple A13 Bionic yang turut digunakan pada model iPhone 11 Pro dan ditambah dengan fungsi potrait mode pada bahagian kamera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, sebuah lagi berita yang bakal membuatkan para peminat Apple khususnya iPhone dengan saiz besar adalah ura-ura pengenalan iPhone SE Plus.

Berdasarkan tweet daripada Jon Prosser selaku penganalisa teknologi serta kerap membongkarkan ura-ura terbaru Apple, beliau seolah memberi bayangan Apple bakal melancarkan model Plus buat iPhone SE tidak lama lagi.

no-iphones-don-t-have-to-be-cheap-to-sell-like-hotcakes-528997-2
Sumber: Softpedia

Dalam erti kata lain, model iPhone SE Plus kemungkinan besar bakal turut dilengkapi dengan spesifikasi yang sama seperti iPhone SE dan hadir dengan rekaan seakan iPhone 8 Plus yang pastinya mempunyai saiz skrin yang lebih besar.

Setakat ini, beberapa media lain masih belum mengeluarkan sebarang laporan atau ura-ura mengenai berita ini. Sekiranya benar dan harga yang ditawarkan pula mampu milik, pastinya mereka yang sudah lama berhajat untuk upgrade iPhone mereka bakal meralih kepada model ini. Sama-sama kita nantikan kejutan terbaru daripada pihak Apple.

Ketahui lebih lanjut mengenai iPhone SE generasi terbaru pada sahaja dilancarkan pada minggu ini dengan harga serendah RM1,999 sahaja. Turut dikongsikan, mengapa model ini berbaloi untuk didapatkan.

iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

5 Sebab iPhone SE Berharga RM1,999 Mampu Tewaskan Pencabar Apple Yang Lain

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Apple