Para pelajar yang menggunakan perkhidmatan streaming Apple Music, bergembiralah kerana diskaun untuk pelajar yang melanggan Apple Music sudah berada di Malaysia.

Pelajar yang berdaftar kini cuma perlu membayar RM6.90 sebulan berbanding RM14.90 sebelum ini. Tawaran terbaru daripada Apple Music ini turut boleh diakses oleh pelajar di 82 negara yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apple music

Bagaimana untuk dapat tawaran ini? Pertamanya anda perlu mendaftar dan pergi ke laman rasmi iTunes atau mendaftar terus menerusi aplikasi Apple Music. Anda boleh tekan di sini untuk membuat pendaftaran. Tawaran untuk harga pelajar ini juga sah sehingga 48 bulan.

Ianya nyata berita gembira buat pelajar universiti dengan adanya pelan ini. RM6.90 untuk sebulan memang sangat murah untuk mendengar lagu secara legal. Pengguna iPhone, anda akan langgan Apple Music atau terus melanggan Spotify?

Sumber