Apple akhirnya akan mengubah nama sistem operasi (OS) mereka daripada OS X kepada Mac OS. Sumber daripada Mac Rumours ini mengesahkan Apple sudah lama berhasrat untuk menjenamakan semula nama sistem operasi mereka cuma pihak Apple menantikan masa yang sesuai untuk diumumkan.

Apple CEO Tim Cook discusses the new Apple product line-up during an event at Apple headquarters on Thursday, Oct. 16, 2014 in Cupertino, Calif. (AP Photo/Marcio Jose Sanchez)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah yang diambil Apple ini adalah bagi menyelaraskan penggunaan ‘OS’ disetiap sistem operasi mereka yang terdiri daripada MacOS, tvOS, iOS dan watchOS.

Dalam erti kata lain, penjenamaan yang dilakukan oleh Apple ini bakal memberi kemudahan buat pengguna contohnya MacOS adalah bagi produk Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro dan begitu juga dengan iPhone, iPad yang menggunakan iOS.

Sumber ini dikuatkan lagi apabila laman web rasmi Apple telah menukar penggunaan OS X dan MacOS seterusnya ditukarkan semula sehingga pengumuman rasmi.

tim-cook-apple-event

Syarikat Apple kemungkinan akan mengumumnya pada Jun ini semasa Worldwide Developers Conference 2016, dimana OS X versi terbaru akan dilancarkan.

Kami yakin langkah yang diambil Apple ini merupakan langkah yang bijak meskipun terpaksa meninggal legasi nama yang dinaikkan oleh Steve Jobs. Penggunaan Mac OS bakal memberi kemudahan dan ‘simplicity’ mengenai produk keluaran Apple sesuai dengan hala tuju syarikat mereka.