Apple Park Visitor Center telah dibuka kepada orang ramai yang berhampiran dengan Apple Park, Cupertino pada Jumaat lepas bagi mengalami inovasi-inovasi yang terdapat di situ.

Para pengunjung disambut dengan senibina pusat lawatan yang kelihatan unik – julur atap bumbung fiber karbon seolah terapung dan hanya disokong oleh “stone-clad cores” agar bahagian bawah rasa lebih terbuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan menggunakan augmented reality technology, pelawat boleh mengeksplorasi Apple Park melalui model 3D kampus tersebut. Dari teres bumbung pula, pengunjung berpeluang melihat keindahan bangunan utama dan pokok-pokok di sekitarnya.

Di tingkat satu, terdapat kafe yang dikelilingi pokok zaitun dan kedai yang menempatkan semua produk Apple termasuk yang eksklusif dan juga merchandise Apple Park.

Sumber