Lama dinantikan pengguna, akhirnya Apple Pay sudah mula diaktifkan buat pengguna iOS 13.6 di Malaysia menerusi settings pada Apple Pay . Seperti juga Samsung Pay, Apple Pay membolehkan anda menyimpan maklumat kad kredit atau debit anda sekaligus membolehkan anda membuat bayaran secara NFC hanya dengan menggunakan iPhone.

Di sebalik pengaktifan daripada pihak Apple, penggunaan Apple Pay dilihat masih belum dapat digunakan menerusi cubaan beberapa kad kredit atau debit daripada beberapa bank. Dalam erti kata lain, Apple Pay masih belum dapat digunakan sepenuhnya ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
BBVA-apple-pay-1920×1180
Sumber: BBVA

Menerusi pengaktifan daripada Apple, penawaran servis daripada Apple ini dijangka bakal tersedia tidak lama lagi sementara menantikan pengesahan daripada pihak bank di Malaysia.

Setakat ini, Malaysia sudah mempunyai 53 penawar dompet digital. Pertambahan Apple Pay di Malaysia secara tidak langsung bakal memberi lebih banyak pilihan buat para pengguna.

Pada bulan lalu, Apple terpaksa membayar penalti RM4.14 bilion kepada Samsung kerana gagal penuhi janji.

Gagal Penuhi Janji, Apple Terpaksa Membayar Penalti RM4.14 Bilion Kepada Samsung

Palestin Lenyap Daripada Apple Dan Google Maps?