Semalam telah berlangsungnya aturcara Apple yang berlangsung di New York dimana syarikat ini turut mengumumkan beberapa produk terbaru keluaran mereka. Antara produk yang menjadi perhatian ramai sudah pastinya iPad Pro, Macbook Air dan juga Mac Mini.

Pengenalan Mac Mini dan Macbook Air ini dianggap sangat ikonik kerana sudah lama dua model ini tidak diberi pembaharuan daripada pihak Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mac Mini

DSC_5685-1440×961

Aturcara yang dijalankan Apple yang berlansung semalam dimulakan dengan pengenalan produk Apple Mac Mini. Sebuah desktop dengan saiz yang kecil dan kompak serta cukup memberi penguasaan optimum buat para pengguna.

Model yang diperkenalkan ini juga menjanjikan penguasaan lima kali lebih pantas berbanding model sebelum ini. Lebih menarik, model terbaru ini didadatangkan dengan warna space grey.

Dari segi spesifikasi, para pengguna berpeluang menambah saiz RAM sehingga 64GB. Ruang storan Mac Mini pula turut menyokong sehingga 2TB SSD. Dengan sokongan empat Thunderbolt 3, HDMI 2.0 dan dua port USB-A, kami yakin Mac Mini bakal menjadi pilihan para pengguna yang mahu menjalankan kerja ringan menggunakan sistem operasi Mac OS.

https://www.youtube.com/watch?v=hVEaL9izgjs

Macbook Air

DSC_5669

Aturcara malam tadi diteruskan dengan pelancaran Macbook Air versi terbaru. Model terbaru ini hadir dengan skrin 13.3-inci serta turut dikuasakan dengan paparan Retnia Display. Macbook Air versi terbaru ini juga tampil dengan rekaan yang lebih nipis serta lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Menariknya, model terbaru ini hadir dengan Touch ID yang membolehkan pengguna nyahkunci Macbook Air mereka dengan lebih mudah serta lebih selamat. Dari segi spesifikasi, Macbook ini menggunakan processor Intel Core generasi ke-lapan, RAM 16 GB serta sokongan storan sehingga 1.5TB.

Dari segi harga, Mac Mini boleh mula didapati dengan harga RM3,449 manakala Macbook Air ditawarkan pada harga RM5,249. Pembelian boleh dibuat melalui pengedar rasmi Apple manakala anda yang mahukan model terbaru ini dengan spesifikasi yang lebih sedikit berbeza anda boleh menempahnya di laman web Apple.