Dalam usaha untuk menawarkan Macbook terbaik buat para pengguna, Apple baru-baru ini telah mengemaskini model Macbook Pro dengan penyertaan processor Intel generasi kelapan dan kesembilan. Model yang diperkenalkan turut merangkumi dua model dengan saiz skrin berbeza merangkumi saiz 13-inci dan 15-inci.

Menerusi kemaskini terbaru, model Macbook Pro 15-inci hadir dengan Turbo Boost sehingga 5.0GHz. Penggunaan processor Intel Core i9 ini pastinya menjadi pilihan buat mereka yang inginkan kepantasan khususnya buat para editor. Model ini turut menyokong penggunaan SSD yang pantas serta cip Apple T2 Security.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mbp15touch-space-gallery1-201807

mbp15touch-space-gallery2-201807_GEO_MY

Model terbaru ini menjalankan sistem operasi macOS Mojave serta menampilkan skrin terbaik pernah dihasilkan. Penawaran Retina display dengan sokongan P3 wide color gamut beserta teknologi True Tone antara yang membuatkan skrin model terbaru ini tampil hebat. Tidak hanya menawarkan Touch Bar dan Force Touch yang besar, model ini turut menyokong teknologi Touch ID.

Model terbaru Apple Macbook Pro 13-inci dengan Touch Bar mula ditawarkan dengan harga bermula RM7,899 manakala model 15-inci dengan penyertaan processor 2.3GHz Intel Core i9 lapan teras hadir dengan harga bermula daripada RM12,199.00.