Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hampir separuh tahun sejak Apple melancarkan siri iPhone 12 dan nampaknya kini ura-ura mengenai model iPhone yang bakal dilancarkan pada tahun ini sudah mulai kedengaran.

Menerusi laporan daripada EverytingApplePro, Apple dijangka bakal menawarkan iPhone 13 dengan warna hitam kusam atau Matte Black. Penggunaan warna matte black ini secara tidak langsung dilihat sebagai pilihan terbaik buat mereka yang dambakan model terbaru iPhone namun mahu tampil low profile.

Screen Shot 2021-03-28 at 1.55.13 PM

Sumber: Youtube Everything Apple Pro

Difahamkan warna Graphite masih lagi ditawarkan buat para pengguna walau bagaimanapun warna Matte Black ini dilihat sebagai warna eksklusif pada siri terbaru ini menggantikan warna Pacific Blue yang tersedia pada iPhone 12 Pro.

Dalam perkembangan lain, model terbaru iPhone dijangka bakal ditawarkan dengan takuk yang lebih kecil, processor Apple A15 yang lebih berkuasa serta hadir paparan 120Hz.

Sementara itu model iPhone 12 Pro dilihat turut ditawarkan dengan harga yang lebih rendah di Lazada buat ruang storan 128GB dan 256GB. Buat anda yang mahu dapatkan iPhone 12 Pro dalam masa terdekat, anda boleh klik di sini dalam mendapatkannya dengan harga yang berbaloi.

Tular pada minggu ini apabila terdapat syarikat yang sanggup membayar RM9,950 kepada mereka yang sanggup hidup 24 jam tanpa gadget.

Syarikat Ini Sanggup Bayar RM9,950 Kepada Mereka Yang Mampu Hidup 24 Jam Tanpa Gadget

Gara-Gara Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Didenda RM8 Juta Di Brazil

Anda Mungkin Suka