Nampaknya ura-ura hangat pada minggu lepas menjadi kenyataan apabila Apple pada hari ini mengesahkan pengambilalihan syarikat Shazam. Aplikasi yang menawarkan intergrasi pengesanan lagu dan filem dengan pantas.

Gabungan Apple dan Shazam ini juga dijangkakan bakal memberi kelebihan buat Apple memandangkan Apple sedang dalam usaha untuk memantapkan Apple Music. Tidak hanya membantu melalui platform muzik, Shazam augmented reality atau AR antara yang membuatkan Apple berminat untuk mendapatkan syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

shazam-apple-hero

Berdasarkan nilai yang ditawarkan, ramai penganalisa dan pelabur berpendapat nilai Shazam yang berjaya dibeli Apple adalah sangat berbaloi . Hal ini kerana Shazam dijangkakan bakal menjadi solusi dan sebahagian daripada usaha Apple untuk memajukan Apple Music serta iOS kelak.

Kami jangkakan kerjasama ini merupakan pilihan yang tepat buat kedua-dua syarikat dalam usaha menarik lebih ramai pengguna dan menjana keuntungan dengan lebih banyak.

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage623220c22a6aef-c054-4265-b69c-af47022c777d

Mungkinkah iOS terbaru bakal disertakan dengan teknologi pengesanan lagu sepertimana Google Pixel 2? Sama-sama kita nantikan.

Sumber