Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kesatuan Eropah kini menyatakan mereka sedia menguatkuasakan perundangan baharu yang memaksa kesemua pengeluar peranti menggunakan USB-C pada peranti yang ditawarkan dalam beberapa tahun lagi.

Artikel Berkaitan:

Selaras dengan itu, pihak Apple telah mengesahkan bahawa mereka akan menuruti arahan yang ditetapkan di dalam perundangan tersebut. Dengan langkah beralih ke USB-C sepenuhnya, ia menjadikan persekitaran lebih terjaga kerana boleh menggunakan kabel yang sama merentasi platform iOS mahu pun Android.

Sumber Gambar: Twitter

Buat masa ini, masih tiada lagi sebarang tarikh spesifik yang dikongsikan oleh pihak Apple berkenaan implementasi USB-C pada iPhone. Bagaimanapun, pihak Kesatuan Eropah menetapkan keperluan implementasi mestilah sebelum 2024. Jadi, tidak mustahil seawal siri iPhone 15 pada tahun hadapan bakal hadir dengan USB-C seperti yang diidamkan ramai.

Dalam masa yang sama, Apple sendiri turut menekankan peralihan ini juga mungkin memberi kesan terhadap sampah elektronik kerana kini terdapat lebih 1 bilion kabel Lightning yang sedang digunakan oleh para pengguna di seluruh dunia.