Tampil sebagai syarikat gergasi bukan halangan buat Apple untuk menggunakan beberapa servis daripada syarikat pesaing.

Berdasarkan laporan terbaru, Apple mengesahkan mereka telah menggunakan servis daripada Google Cloud, Amazon Web Services dan Microsoft Azure untuk menyimpan data pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

restore-from-backup-iphone-hero

Dalam pada itu, para pengguna nampaknya tidak perlu risau memandangkan Apple mengesahkan mereka masih lagi menyimpan data secara encrypted untuk mengelakkan daripada tersebar dengan mudah.

Penawaran saiz storan yang besar juga membolehkan Google Cloud menawarkan servis yang sama buat beberapa syarikat besar yang lain seperti Kroger, PayPal, Snap dan Spotify.

11A2D37-D42D-427C-AE24-28B49F303AB5-logo

Tidak hairanlah Google pada awal bulan ini mengumumkan Google Cloud berjaya mengutip sejumlah $1 bilion (~RM3.91 bilion) setiap suku tahun berikutan bilangan syarikat yang bergantung kepada servisnya.