Sudah hampir beberapa tahun kita tidak melihat rekaan baru pada Apple Macbook Pro. Tidak dilupakan juga Macbook Air. Akhirnya penantian untuk mendapatkan kemaskini rekabentuk dan spesifikasi terbaru buat Macbook bakal tamat. Apple sahkan pada hari ini mereka akan mengumumkan produk terbaru mereka pada 27 Oktober 2016.

apple-macbook-pro-october-27-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin terlalu awal untuk mengesahkan kehadiran model terbaru Macbook, namun ura-ura kuat mengatakan Apple akan mengumumkan Macbook Pro. Lebih-lebih lagi setelah Apple mengabaikan update terbaru Macbook Pro selama lebih 500 hari.

Penambahbaikan yang paling besar pada model terbaru Macbook Pro terbaru sudah pastinya OLED Touch di atas papan kekunci. OLED Touch ini bakal memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyemak notifikasi, Spotify serta beberapa tatapan yang lain.

Seperti kebiasaan Apple, lebih nipis dan lebih ringan sudah menjadi motto buat setiap pengeluaran peranti Apple. Dijangka hal yang sama bakal berlaku pada Apple Macbook Pro terbaru ini. Dikatakan model terbaru Macbook pada kali ini tidak lagi menggunakan cip pemprosesan Intel sebaliknya Apple memilih untuk menggunakan cip pemprosesan jenama mereka sendiri.

Buat peminat Macbook Air, kami ada berita sedih buat anda. Kemungkinan model ini akan ditamatkan berikutan kehadiran Apple Macbook yang baru sahaja diumumkan pada 2015.

macbook-pro-2016-concept

Buat anda yang berhajat untuk mendapatkan Macbook Pro terbaru, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menjual Macbook Pro anda untuk mendapatkan fungsi-fungsi terbaru yang pastinya lebih cool dan futuristic.