Khabar angin bertiup kencang mengatakan Apple bakal mengeluarkan peranti ‘virtual reality’ mereka sendiri. Apple secara rahsia mengumpul satu kumpulan pakar untuk membina peranti ‘virtual reality’ mereka untuk memberi saingan peranti ‘virtual reality’ milik Facebook, Oculus Rift dan HoloLens milik Microsoft.

CEO Apple, Tim Cook pernah berkata ‘virtual reality’ adalah sesuatu yang menarik dan ‘cool’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teknologi ‘virtual reality’ ini dikatakan memberikan pengguna satu pengalaman baru dalam menikmati sesuatu ‘game’ atau video. Anda akan terasa seperti berada dalam video atau ‘game’ berkenaan jika menggunakan peranti ‘virtual reality’ ini.

Tiada maklumat lanjut berkenaan peranti ini dan semestinya berita ini membuatkan peminat tegar Apple teruja. Kita tunggu dan lihat.

P/S : Mesti ‘awesome’ tengok cerita hantu menggunakan peranti ini.

apple-huge-secret-virtual-reality-team-2

11848-5236-Screen-Shot-2015-02-17-at-93134-AM-l

Sumber