https://www.youtube.com/watch?v=p8la5yjlPcs

Di saat semua pembuat smartphone fokus kepada skrin besar, Apple dilaporkan sedang membangunkan sebuah iPhone 5se bersaiz 4 inci. Dalam satu laporan oleh M.I.C. Gadget, model 4 inci itu menyamai rekabentuk iPhone 6s. Kemungkinan besar iPhone 4 inci ini mensasarkan kepada pengguna 5s yang masih selesa menggunakan iPhone berskrin kecil seterusnya memberi mereka sebab untuk upgrade iPhone mereka. Tidak banyak maklumat yang diketahui buat masa ini, namun ura-ura mengatakan model ini diberi nama ‘5se’. Dengan acara Apple pada Mac nanti tinggal lagi sebulan, kita dapat melihat lebih banyak maklumat tentang iPhone 5se. Selain itu, Apple juga dikhabarkan akan memperkenal Apple Watch baru pada acara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram