Berita baik buat anda yang gemar mengambil gambar dan merasakan diri anda berbakat, Apple telah mengadakan satu cabaran buat anda pengguna iPhone.

Cabaran tersebut iaitu “Shot on iPhone” yang dianjurkan oleh Apple memerlukan anda mengambil gambar menggunakan iPhone dan berkongsi gambar tersebut di akaun Twitter atau Instagram menggunakan hashtag #ShotOniPhone.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menariknya, bagi gambar yang terpilih, gambar tersebut akan digunakan di papan iklan, hiasan dalaman Apple Store dan juga di laman rasmi Apple. Malah, gambar yang anda ambil akan diadili oleh sembilan orang pengadil antaranya adalah Phil Schiller yang merupakan naib presiden pemasaran Apple, Pete Souza seorang bekas jurugambar White House, Austin Mann seorang jurugambar iPhone, Jon McCormack seorang ketua pembangunan perisian kamera Apple dan Arem Duplessis seorang pengarah fotographi dalam pemasaran Apple.

Adalah diingatkan hanya anda yang berusia 18 tahun dan ke atas dan mengambil gambar menggunakan iPhone layak untuk menyertai cabaran ini. Bagi anda yang ingin menyertai cabaran ini, anda boleh sertai bermula hari ini sehingga 7 Februari ini dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 26 Februari 2019.

Anda Mungkin Suka