27 Mei 2017 pastinya menjadi tarikh yang sangat bermakna buat Apple Singapore diatas pelancaran outlet terbaru Apple. Untuk pengetahuan ini, outlet terbaru Apple ini merupakan cawangan ke-21 Apple serta yang pertama di Asia Tenggara.

Memandangkan ianya merupakan outlet Apple sudah pastinya barangan yang dijual dilengkapi dengan pelbagai produk khsus daripada jenama yang berpengkalan di Cupertino, California ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Apple Singapore berjaya membawa kelainan pada outlet mereka dengan mengketengahkan outlet yang mesra alam. Tidak hanya dihiasi pokok, Apple Singapore turut dikuasakan melalui sumber yang boleh diperharui.

Dari segi rekaan, bangunan setinggi 46 kaki dan 2 tingkat ini masih lagi membawakan konsep minimalis dan moden sesuai dengan jenamanya.

Salah satu perkara yang membuatkan outlet rasmi Apple tampil berbeza adalah adanya program Today at Apple. Untuk pengetahuan anda, Today at Apple merupakan salah satu inisiatif Apple untuk mendidik dan mengajar pengguna mereka untuk lebih arif menggunakan produk keluaran Apple.

Selain meningkatkan kepuasan pengguna, langkah ini juga dilihat sebagai salah satu cara Apple untuk meningkatkan lagi kesetiaan pengguna terhadap jenama mereka.

Sesuai dengan namanya, program ini diadakan setiap hari dengan jadual pengajaran yang berbeza. Contohnya, pada hari esok iaitu 6 Jun 2017 Apple Singapore telah mengadakan bengkel fotografi menggunakan iPhone khusus buat yang berminat untuk mempelajari teknik pencahayaan dan bayang-bayang.

https://www.youtube.com/watch?v=M-1GPznHrrM

Jika anda seorang tech enthusiast atau peminat barangan keluaran Apple, Apple Singapore yang terletak di Orchard Road ini mungkin antara destinasi yang perlu anda lawati sekiranya berkunjung ke Singapore.

Sumber