Menyebut tentang Samsung dan Apple, pasti ramai yang ingat bagaimana kedua-dua jenama ini sering dibandingkan melalui pengeluaran produk mereka. Malah, kehadiran peminat diantara kedua-dua jenama ini juga seolah menghangatkan lagi perbadingan jenama ini.

Disebalik isu saman yang berlaku sepanjang sedekad ini, Apple dan Samsung juga turut bekerjasama dalam melengkapi satu sama dengan yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bgr-iphone-x-2

Pada tahun ini, Samsung berjaya menjadi jenama yang dipilih Apple untuk menyalurkan paparan OLED untuk digunakan pada iPhone X. Pemilihan jenama Samsung ini dibuat setelah Samsung merupakan satu-satunya jenama yang berjaya melepasi piawaian Apple.

Permintaan tinggi Apple iPhone X juga sekaligus membolehkan Samsung menjana keuntungan yang besar daripada Apple. Kerjasama diantara kedua-dua syarikat ini juga dijangkakan bakal diteruskan pada tahun hadapan dimana Samsung bakal menyalurkan 180 juta sehingga 200 juta paparan OLED buat model iPhone terbaru.

the-iphone-x-has-an-oled-screen–heres-what-oled-is-and-how-its-different-from-past-iphones

Dari segi keuntungan, Samsung dijangka bakal menerima keuntungan sekitar £15.6 juta (~RM85 juta) iaitu empat kali ganda lebih banyak berbanding tahun ini.

Berdasarkan ura-ura Apple bakal mengeluarkan dua unit iPhone yang menggunakan paparan OLED sekaligus menguatkan lagi ura-ura model iPhone X dengan skrin lebih besar pada tahun hadapan. Berdasarkan kerjasama kedua-dua syarikat ini, adakah kita akan lihat selesainya pertelingkahan diantara peminat Apple dan Samsung?