Sir Jonathan “Jony” Ive ialah individu yang bertanggungjawab mereka kesemua peranti Apple sejak tahun 1998 bermula dengan iMac G3. Beliau kemudian dipertanggungjawabkan mereka iMac baru, MacBook, iPod, iPad dan iPhone. Ini adalah sebab kenapa kesemua produk Apple mempunyai rekaan yang seragam. Jika anda menyukai produk Apple, anda perlu berterima kasih kepada beliau kerana mencipta produk yang cantik dipandang serta ergonomik untuk digunakan. Selepas dinaikkan pangkat ke Chief Design Officer, beliau mula melepaskan tanggungjawab mereka kepada pereka baru seperti Mark Newson. Ini tidak bermakna beliau tidak lagi dapat menghasilkan rekaan untuk Apple.

Apple Store Brussels, Belgium yang dibuka pada September lalu adalah usaha sulung beliau di dalam bidang seni reka bangunan. Seperti produk rekaan beliau, Apple Store baru ini mempunyai rekaan minimalis dengan penggunaan ruang yang menarik. Dinding kaca melengkung dipadankan dengan rekaan dalaman yang menggunakan pencahayaan semula jadi. Produk jualan seperti casing dan Apple Watch diletakkan di dalam laci, tidak dibiarkan terbuka.

Apple-Store-Brussels_vocket_1

Apple-Store-Brussels_vocket_2

Apple-Store-Brussels_vocket_5

Apple-Store-Brussels_vocket_ss

Apple-Store-Brussels_vocket_4

Apple-Store-Brussels_vocket_6

Apple-Store-Brussels_vocket_3

Apple-Store-Brussels_vocket_7

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram