Mula membuka cawangan pertama Apple Store di Singapura, nampaknya Apple kini sedang dalam usaha untuk membuka kedai fizikal kedua di Asia Tenggara yang bertempat di Thailand.

Berdasarkan tarikh yang diumumkan Apple, kedai rasmi Apple Store Thailand ini bakal dibuka pada 10 November ini. Melalui kedai ini, para pengguna berpeluang mendapatkan barangan rasmi Apple, mempelajari cara menggunakan peranti Apple serta melihat sendiri suasana yang dibawakan syarikat ternama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-10-26 at 11.13.21 AM

Setakat ini masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi mengenai pembukaan Apple Store di Malaysia. Buat para pengguna, anda masih lagi boleh mendapatkan barangan rasmi Apple di beberapa pengedar rasmi seperti Switch dan Machines. Nampaknya selepas ini para pengguna di Asia Tenggara mempunyai pilihan untuk beratur mendapatkan model terbaru iPhone di Singapura mahupun Thailand.

Sumber