Berjaya menjadi hub buat orang ramai mendapatkan produk serta aksesori Apple, kehadiran Apple Store sememangnya didambakan ramai sejumlah besar peminat Apple di Malaysia selepas Apple Store dibuka di negara jiran iaitu Thailand dan Singapura.

Menerusi laporan terbaru daripada The Edge Malaysia, penantian buat peminat Apple di Malaysia dalam menantikan pembukaan Apple Store pertama Malaysia bakal tamat apabila syarikat ini sedia membuka rangkaian kedai rasmi mereka seawal tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
apple-bangkok-store
Apple Store Thailand. Sumber: MacRumours

Difahamkan, Apple Store yang bakal di Malaysia ini bakal dibuka di bangunan The Exchange TRX. Pembukaan Apple Store di Malaysia ini secara tidak langsung bakal menjadikan negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai Apple Store.

Untuk pengetahuan, The Exchange TRX bakal menawarkan pasar raya mewah yang bakal dipenuhi lebih 400 jenama. Bangunan ini juga bakal turut menjadi hab bisnes kepada beberapa buah syarikat. Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store yang pastinya bakal dibanjiri oleh orang ramai khusunya buat peminat Apple.

Dua syarikat telekomunikasi popular Malaysia iaitu Celcom dan Digi dilaporkan sah bergabung secara rasmi dan bakal dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad.

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Secara Rasmi Sebagai Celcom Digi Berhad

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ foodPanda