Tahun 2017 sememangnya menjadi tahun yang penuh dengan cabaran buat Apple. Jualan iPhone dikatakan menurun meskipun perolehan untung yang tinggi, isu bateri dan iOS antara yang membuatkan syarikat ini sentiasa terpalit dengan kontroversi.

Menyoal dari segi pengeluaran model Apple berjaya mengumumkan model iPhone kesepuluh mereka iaitu iPhone X, AirPods, Apple Watch Series 3 dan ARKit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apple iPhone X
Sumber: ATT

Meskipun dikecam ramai berikutan model ‘inovasi’ yang dilancarkan, perkara ini tidak menghalang Apple untuk menjadi Syarikat Paling Inovatif Dunia bagi tahun 2018 oleh Fast Company.

Difahamkan pengeluaran Apple iPhone X dengan notch dan Apple Airpods bersama cip Apple A1 yang hebat antara yang membuatkan syarikat ini mengungguli tempat pertama.

161220185410-airpods-thumbnail-1024×576

Melihat kepada pemilihan Fast Company, agak ironi untuk melihat syarikat yang dikecam ramai disebabkan rekaannya berjaya mendapat tempat pertama. Jelas Apple masih lagi mementingkan kualiti dan features yang memenuhi kehendak majoriti pengguna ketika ini.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X, mungkin ini masa terbaik dimana anda boleh dapatkannya dengan harga RM4,299. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga diskaun mencecah seribu ringgit.

Sumber