Bersempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada hari ini, Apple mengumumkan penambahan lebih 70 emoji baharu yang bakal digunakan oleh pengguna peranti Apple antaranya emoji kanggaru, burung kakak tua dan udang karang.

Sebelumnya, Apple telah melancarkan beberapa penambahan emoji baharu seperti orang berambut merah, beruban dan botak pada kemaskini Unicode 11.0. Penambahan kali ini dikhabarkan juga terdapat emoji dengan ekspresi berpesta, emoji kesejukan dan emoji kepanasan.

emoji apple

emoji-apple

Pertambahan emoji ini dikatakan bakal disertakan dalam kemaskini iOS 12 yang bakal bermula menjelang musim luruh ini iaitu kira-kira pada bulan September nanti. Makin rancaklah perbualan antara pengguna-pengguna peranti Apple selepas ini.

Sumber