Setelah hampir empat tahun tanpa sebarang kemaskini hardware bagi Apple iPod Touch, Appa pada hari ini telah menawarkan kemaskini terbaru dengan memperkenalkan cip pemprosesan Apple A10 Fusion pada model iPod Touch. Kemaskini ini secara tidak langsung mengesahkan generasi ketujuh model ini.

Dari segi spesifikasi, model ini masih lagi mengekalkan skrin 4-inci retina dan hadir dengan saiz storan yang lebih tinggi iaitu 32GB, 128GB dan 256GB. Model ini disasarkan buat mereka yang mahu menggunakan akses kepada Apple Arcade dan Apple Music.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ipod-touch-2019-gallery2_GEO_MY

ipod-touch-2019-gallery4

Untuk pengetahuan, cip pemprosesan Apple A10 Fusion ini merupakan cip yang digunakan pada iPhone 7 walaubagaimanapun ianya tidak menyokong Face ID dan Touch ID. Penyertaan cip pemprosesan ini pada Apple iPod Touch membolehkan model ini menjalankan sejumlah besar aplikasi dan game tanpa sebarang masalah.

Apple iPod Touch generasi terbaru ini mula ditawarkan pada harga RM899 bagi model 32GB manakala model dengan saiz storan 256GB hadir dengan tanda harga RM1,799. Para pengguna turut berpeluang memilih iPod Touch melalui enam pilihan warna yang tersedia.