Pelbagai usaha yang dilakukan Apple untuk meningkatkan pengguna Apple Music dan nampaknya masih gagal. Malah, pengguna Apple sendiri lebih gemar menggunakan aplikasi Spotify berbanding Apple Music.

maxresdefault (1)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan harga langganan Apple Music iaitu $13 USD setiap bulan adalah sebab mengapa pengguna lebih berminat menggunakan Spotify dimana harga langganannya cuma $10 USD setiap bulan. Spotify juga hadir dengan promosi yang lebih berbaloi apabila menawarkan tawaran $0.99 USD buat 3 bulan terawal.

Mungkin Apple sudah tidak tahan agaknya dengan taktik promosi Spotify sehinggakan Apple bertindak untuk tidak lagi menerima update terbaru daripada Spotify. Bukan itu sahaja, Spotify juga dilarang untuk mempromosi sebarang langganan kepada pengguna Apple serta diugut bakal dibuang aplikasi tersebut menerusi Apple Store jika melanggar polisi ini. Tak sangka betul Apple memang betul-betul emosi dan bertindak ‘anticompetitive’ menerusi masalah ini.

Dalam pada itu, Apple kemungkinan bakal bekerjasama dengan Tidal yang juga merupakan aplikasi penstriman muzik kepunyaan Jay Z.

jayztidal

Sumber