Jika anda masih ingat isu mengenai papan kekunci “Butterfly” pada MacBook Pro yang beberapa bulan lepas, pastinya anda tahu bahawa masalah yang dihadapi pengguna yang mengatakan papan kekunci tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pelancaran MacBook Pro Touch Bar 2018 baru-baru ini dengan ciri yang lebih senyap dan nipis. Papan kekunci pada MacBook terbaharu ini juga diperkatakan lebih kemas pada bahagian getah di bawah kekunci untuk mengelakkan debu masuk.

MacBook-Pro-keyboard

Pelancaran ini turut disertakan dengan pengumuman mengenai penggantian papan kekunci “Butterfly”. Menurut MacRumors, papan kekunci pada MacBook generasi pertama dan kedua tidak akan dapat digantikan dengan papan kekunci MacBook keluaran 2018.

Hal ini disebabkan oleh papan kekunci yang bersambung pada top case yang bersambungan terus dengan bateri berlainan dengan papan kekunci pada MacBook yang terbaharu ini.