Apple telah memperkenalkan perkhidmatan langganan Apple News terbaru iaitu perkhidmatan langganan video yang dikenali sebagai Apple TV+ dan platform permainan dalam talian yang digelar Apple Arcade.

Perkhidmatan langganan streaming video daripada Apple ini akan menampilkan ciri-ciri baru dari program daripada artis-artis terkenal dunia termasuklah Oprah Winfrey, Steven Spielberg, Jennifer Aniston, Reese Witherspoon, Octavia Spencer, JJ Abrams, Jason Momoa, M. Night Shyamalan, Jon M. Chu dan banyak lagi.

https://youtu.be/RrdbT4hpwBk

Bermula Mei ini, kesemua pengguna baru aplikasi Apple TV ini boleh melanggan pelbagai saluran. Harga dan ketersediaan untuk perkhidmatan langganan TV+ Apple ini akan diumumkan kelak manakala aplikasi TV baharu pula akan tersedia pada bulan Mei ini sebagai kemas kini percuma. Untuk pengetahuan, aplikasi Apple TV+ ini sudah mula tersedia pada TV terbaru Samsung, LG, Roku, Sony dan VIZIO dan pada platform Amazon Fire.