Apple kembali mengadakan pertandingan Shot On iPhone dengan penyertaan terbuka kepada pengguna iPhone seluruh dunia. Sesuai dengan perjanjian yang tertakluk dalam terma, sepuluh pemenang gambar terbaik akan menerima bayaran penggunaan imej oleh Apple dan kesemua gambar akan digunakan di papan iklan, laman rasmi Apple serta hiasan dalaman Apple Store seluruh dunia.

Semalam Apple secara rasmi telah mengumumkan pemenang melalui platform media sosial seperti di Instagram. Tempat pertama dimenangi oleh Nikita Yarosh yang menunjukkan keretakan di atas padang berwarna oren. Semenjak nama pemenang diumumkan, ruang komen beliau dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada orang ramai yang turut berkongsi kegembiraan.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →

View this post on Instagram

Rupture . . #theshapesseries + #ShotoniPhone

A post shared by Nikita Yarosh (@yarosh.nikita_) on

Tempat kedua dimenangi oleh Alex Jiang dari Hong Kong yang menunjukkan padang bola keranjang yang berlatarbelakangkan sebuah bangunan berwarna-warni. Beliau mengambil gambar tersebut menggunakan iPhone XS Max.

Senarai penuh pemenang boleh didapati di Instagram rasmi Apple.

Anda Mungkin Suka