Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun dimana Apple bakal melancarkan model terbaru mereka termasuk iPhone pada bulan September. Pada tahun ini dengan kehadiran wabak COVID-19, Apple nampaknya tampil dengan pelancaran dalam talian menerusi dua acara berbeza.

Bersempena dengan Apple Event yang berlangsung pada hari ini, Apple telah melancarkan model terbaru Apple Watch dan iPad. Pengumuman awal Tim Cook pada awal acara ini sekaligus mengesahkan siri terbaru iPhone bakal dilancarkan pada acara yang lain.

Apple Watch Series 6

Eh-Ok5FWoAE6_vi

Apple Watch pada tahun ini tampil dengan model serta teknologi baharu menerusi model Apple Watch Series 6. Model ini dikuasakan oleh processor Apple S6 menawarkan kepantasan 20% lebih baik berbanding model sebelum ini.

Pada kali ini, Apple menawarkan fungsi VO2 Max dan Blood Oxygen dimana para pengguna berpeluang memantau keadaan kesihatan mereka. Selain itu, model terbaharu ini turut menyokong sukan surfing.

Eh-Olk6WoAEy5BQ

Apa yang lebih menarik, Apple Watch buat pertama kalinya tampil dengan (PRODUCT)RED yang hadir dengan tali jam berwarna merah. Apple juga turut menperkenalkan Solo Loop iaitu tali jam seakan gelang getah yang hadir dengan beberapa saiz berbeza. Apple Watch Series 6 sedia ditawarkan dengan harga RM1,749.

Apple Watch SE

Eh-QCtxXkAAzo70

Selain Apple Watch Series 6, jenama ini turut memperkenalkan Apple Watch SE yang hadir dengan processor Apple S5. Model ini hadir dengan rekaan yang sama seperti Apple Watch Series 4 dan 5 serta hadir dengan harga yang lebih rendah iaitu RM1,199.

Buat anda yang mahukan mendapatkan Apple Watch tanpa mahu berbelanja besar, Apple Watch Series 3 masih lagi sedia untuk didapatkan dengan harga bermula daripada RM849.

Apple iPad 8th Generation

Eh-UO-WUYAE5nV2

Selain kemunculan model terbaharu Apple Watch, Apple turut mengumumkan siri terbaru buat Apple iPad. Pengumuman dimulakan dengan Apple iPad generasi kelapan yang hadir dengan processor Apple A12 yang mampu menawarkan kepantasan 40% lebih baik berbanding model sebelum ini.

Dari segi rekaan, model ini masih lagi mengekalkan model yang sama dengan pengekalan bezel beserta TouchID. Apple iPad generasi kelapan sedia ditawarkan dengan harga bermula daripada $329 (~RM1,449).

Apple iPad Air

Eh-VVlPVgAYk8Hx

Sebuah berita yang membuat para peminat Apple teruja sudah pastinya kehadiran Apple iPad Air dengan saiz skrin 10.9-inci yang hadir dengan perubahan yang besar. Model ini dikuasakan oleh Apple A14 menawarkan 40% kepantasan berbanding model sebelum ini.

Dari segi rekaan, model ini masih lagi hadir dengan teknologi TouchID namun diletakkan pada power button yang secara tidak langsung membolehkan Apple menghasilkan Apple iPad Air dengan bezel yang lebih nipis. Selain itu, sebanyak lima warna ditawarkan buat iPad Air beserta storan yang berbeza.

Eh-WcyQWkAEX-gz

Eh-YMRAU0AAhOHp

Apple iPad Air bakal ditawarkan dengan harga RM2599 bermula bulan hadapan. Berdasarkan kemas kini besar-besaran yang dibuat beserta sokongan aksesori yang ditawarkan, Apple iPad Air dilihat sebagai produk yang bakal menjadi rebutan ramai.

Pengumuman penawaran kemaskini OS terbaharu

wwdc-2020-13.11.20-PM

Tim Cook turut mengumumkan tarikh pelancaran iOS 14, iPadOS 14, WatchOS 7 dan TVOS 14. Para pengguna yang menggunakan produk Apple dengan sokongan OS terbaharu sedia untuk mengemas kini bermula esok.

Sama-sama kita nantikan pelancaran siri Apple iPhone 12 yang dijangka bakal dilancarkan seawal bulan hadapan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ura-ura iPhone 12.

Rekaan Apple iPhone 12 Sekali Lagi Tertiris

6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone