Apple Worldwide Developers Conference 2017 yang berlangsung pagi tadi memperlihatkan Apple mengumumkan Apple iMac Pro. Sebuah iMac yang diberikan spesifikasi tercanggih sekaligus menjadikan Mac terhebat pernah dihasilkan Apple.

Pelancaran iMac Pro ini memberi nafas lega buat ‘power user’ Apple setelah Apple tidak membuat kemaskini terbaru pada Mac Pro akhir-akhir ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Power user’ yang saya maksudkan merujuk kepada user yang mahukan spesifikasi terbaik serta kelancaran dan kepantasan dalam rendering video berkualiti tinggi. Tidak dilupakan juga buat user yang sering membuat kerja yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, Apple masih lagi mengekalkan rekabentuk yang sama seperti iMac sebelum ini. Namun satu perbezaan ketara yang diperlihatkan pada iMac Pro adalah warna space grey yang pada saya tampak lebih moden dan elegen.

Inisiatif Apple untuk mengekalkan rekabentuk iMac yang sama tampak masih releven memandangkan ianya masih terlihat slim dan mampu untuk menyertakan komponen yang canggih.

Apple Magic Mouse dan Apple Magic Keyboard yang didatangkan eksklusif buat iMac Pro

Tidak hanya, iMac yang diberi kemasan warna space grey, malah Apple turut memperkenalkan Apple Magic Keyboard yang didatangkan bersama numpad serta Apple Magic Mouse dengan warna warna hitam.

Malangnya, pengguna Apple cuma boleh mendapatkan 2 device ini dengan cara mendapatkan iMac Pro sahaja memandangkan ianya tidak dijual secara berasingan.

Spesifikasi

Berbincang mengenai spesifikasi, boleh saya katakan Apple nampaknya sangat serius dan komited untuk memberikan yang terbaik menerusi model terbaru mereka.

iMac Pro dilengkapi dengan processor Intel Xeon 18-core CPU membolehkan kerja hyper-treading iMac Pro dapat dijalankan dengan lancar. Dari segi grafik, Apple memilih untuk menggunakan AMD Vega dan dikhabarkan grafik terbaru AMD ini mampu menyokong sehingga 16GB VRAM.

Untuk ‘power user’ yang mahukan kepantasan, iMac Pro turut menyokong sehingga 128 GB RAM dan 4 TB SSD. Boleh dikatakan, kali ini pengumuman Apple mengenai iMac Pro pada kali ini sememangnya tidak mengecewakan mana-mana pihak.

Harga

Berbincang mengenai harga spesifikasi yang canggih ditambah pula dengan jenamanya yang dikenali ramai sudah pastinya tidak dijual dengan harga mampu milik serta sesuai buat semua pengguna.

Apple iMac Pro seperti spesifikasi yang dinyatakan diatas bakal mula dijual dengan harga $4999 (~RM21320.73). Adakah berbaloi? Sekiranya produk ini digunakan untuk kerja editing dan memerlukan kuasa grafik yang tinggi ini mungkin produk yang berbaloi anda laburkan.

Spesifikasinya yang future proof setakat ini bakal membuatkan iMac Pro menjadi produk yang berspesfikasi tinggi setidaknya untuk 3 atau 4 tahun akan datang.

Dalam pada itu, sekiranya anda masih berminat dengan iMac dan tidak mahu berbelanja besar sehingga puluh ribu ringgit anda boleh dapatkan entry-level iMac yang turut mendapat kemaskini terbaru dengan harga bermula pada $1099 (~RM4687.23).

Berikut merupakan senarai produk yang diumumkan Apple beserta harganya melalui acara WWDC 2017. Produk Apple manakah yang menarik perhatian anda untuk mendapatkannya?

Sumber