Kini bukan rahsia lagi buat Apple dalam memasuki arena VR/AR menerusi pengenalan sebuah peranti baharu yang dinamakan Vision Pro. Tim Cook memperkenalkan peranti tersebut pada pagi tadi.

Dengar namanya sahaja, kita sudah mengetahui betapa premium dan canggihnya Apple Vision Pro yang bakal ditawarkan buat pengguna kali ini. Ini maklumat terperinci berkaitan Vision Pro yang bakal ditawarkan buat para peminat di luar sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Vision Pro

vision pro
Sumber Gambar: Apple

Seperti namanya, peranti ini dikuasakan dengan cip M2 Ultra dan Apple R1 untuknya. Kedua-dua cip ini diperlukan bagi mengumpul data daripada kamera 2D, kamera inframerah, LiDAR, sensor audio, accelerometer, penjejak pergerakan mata dan kamera 3D yang digunakan.

Terdapat dua skrin dari jenis Micro OLED dengan 23 juta pixel. Bagi mereka yang memakai cermin mata pula, Apple bekerjasama dengan Zeiss untuk menawarkan kanta mata supaya pengguna rabun boleh menggunakan Vision Pro tanpa cermin mata.

vision pro
Sumber Gambar: Apple

Kawalan dilakukan menggunakan suara menerusi Siri ataupun gestur jari. Dalam demo yang diperlihatkan, pemakai boleh menonton kandungan Apple TV+, melakukan panggilan FaceTime dan melayari web kesemuanya dalam tiga tingkap terapung yang berbeza.

Sensor yang sama seakan Face ID ini adalah disengajakan kerana Vision Pro menggunakan sistem biometri baharu Optic ID. Optic ID mengimbas anak mata pemakai untuk menyahkunci peranti. Menurut Apple setiap anak mata adalah unik dan berbeza walaupun pada pasangan kembar.

vision pro
Sumber Gambar: Apple

Di bahagian luar, terdapat Digital Crown seperti yang terdapat pada Apple Watch dan satu butang untuk menangkap gambar atau video. Untuk audio pula, terdapat speaker di kiri dan kanan berhampiran telinga yang mana hadir dengan sokongan Spatial Audio.

Kesemua ini kemudiannya dikawal oleh sistem operasi baharu VisionOS. Aplikasi iOS dan iPadOS boleh digunakan terus dalam VisionOS dari hari pertama lagi.

Sumber Gambar: Apple

Bercakap berkenaan antara muka, nampaknya sedikit perbezaan berbeza daripada rekaan ikon flat pada iOS. Ruang pelayaran tersebut mempunyai rekaan seperti frosted glass yang mana tampak separuh lutsinar tetapai masih dipengaruhi warna di belakangnya.

Sebaik anda memakai Vision Pro, anda akan nampak petak yang terapung di hadapan anda untuk pilih aplikasi. Menariknya, ia hadir dengan kesan bayang-bayang yang menampakkan seolah-olah petak layar tersebut benar-benar wujud.

Sumber Gambar: Apple

Ciri yang unik padanya adalah EyeSight. Apabila berinteraksi dengan orang lain di sekeliling, mereka juga dapat melihat mata pemakai pada skrin luaran. Dengan ini, pengguna boleh berinteraksi dengan individu lain dengan lebih natural seperti biasa.

Paling menarik ialah apabila menyedari terdapat individu berhampiran, mereka akan dapat dilihat dalam paparan dalaman secara automatik. Pemakai Vision Pro menggunakan tombol berputar pada bahagian sisi untuk menetapkan tahap tembus.

vision pro
Sumber Gambar: Apple

Vision Pro boleh juga digunakan dengan sebuah papan kekunci Magic Keyboard atau ditambat terus kepada sebuah MacBook dengan hanya melihat skrin komputer riba. Kandungan MacBook ini dipaparkan dalam skrin maya gergasi yang hanya dilihat oleh pemakai Vision Pro.

Sebuah lagi ciri menakjubkan ialah Vision Pro boleh melakukan rakaman video secara 3D menerusi kamera di luar yang kemudiannya juga ditonton secara 3D dalam Vision Pro. Selain video, permainan video dan kandungan Apple TV+ dalam mod 3D juga akan ditawarkan.

Sumber Gambar: Apple

Vision Pro hadir dengan harga jualan mencecah $3,499 (~RM16,016) berserta penawaran mulai awal Januari tahun 2024 kelak. Difahamkan peranti ini hanya tersedia buat pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu dan perlu diimport jika anda berminat.

Sumber