Kerjasama Apple dengan Nike sememangnya sesuatu yang dinantikan.

Inilah dua gergasi teknologi dan sukan yang brandingnya amat kuat sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nike sebelum ini telah terlebih dahulu mengorak langkah ke arah ‘fitness wearables’ dengan Nike Fuelband dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun persaingan sengit dari Fitbit, Garmin, Samsung dan juga Pebble dalam segmen ini telah membuatkan Nike ketinggalan.  

apple-nike-01

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah sebab di sebalik keputusan Nike dan Apple untuk bekerjasama menghasilkan Apple Watch 2 Nike+. Bahkan Nike telah menutup Fuelband.

Bagi saya ia merupakan keputusan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Apple merupakan sebuah syarikat teknologi yang telah terbukti mempunyai ekosistem yang mantap antara perantinya.

Apple juga menyedari minat kebanyakan pengguna ‘smartwatch’ atau ‘fitness band’ ke arah ‘fitness’ and ‘health’ terutamanya di kalangan runner dan juga ‘sport enthusiast’.

apple-nike-02

Apple Watch 1 telah mula mengorak langkah menggabungkan fungsi ‘smartwatch’ dengan ‘fitness band’.

Namun aplikasi ‘fitness’ yang ditawarkan oleh Watch OS mungkin agak simple bagi runner dan ‘outdoor runner’ inginkan fungsi GPS yang tidak terdapat pada Apple Watch 1 untuk mempetakan larian mereka di luar.  

Nike pula jenama sukan nombor 1 di dunia.

Dari segi rekaan dan teknologi untuk pakaian dan peralatan sukan, Nike mempunyai ‘strong presence’.

Nike juga sedar, teknologi kini memainkan peranan amat besar dalam sukan.

Kehadiran Apple kini dalam segmen ‘smartwatch’ merupakan peluang bagi kedua-dua gergasi ini bergabung dengan kekuatan masing-masing.

Masih terlalu awal untuk meraikan Apple Watch 2 Nike+ ini akan berjaya namun ianya telah menampakkan kerjasama yang baik dari pihak Apple dan juga Nike.

Selain fungsi yang sama dengan Apple Watch 2 yang lain seperti GPS, waterproof 50 meter dan pixel yang lebih tinggi, direkakan band khas yang menarik khusus untuk runner dan ‘sport ethusiast’.

apple-nike-03

Rekaan band yang berlubang itu bertujuan untuk memberikan ruang untuk pergelangan tangan bernafas berbanding sport band sebelum ini.

Juga terdapat beberapa fungsi direka khas pada Apple Watch 2 Nike+ untuk memudahkan runners memulakan larian dan melihat progress mereka.

Apple Watch 2 Nike+ menfokuskan kepada anda dan juga hidup anda.

Teman yang tepat untuk berlari kerana ianya mudah, menarik dan senang digunakan dan memberikan pengalaman berlari yang terbaik di luar sana menurut Nike.

Apple Watch 2 Nike+ bakal dijual pada harga RM1649 untuk 38mm, sama dengan harga Apple Watch 2 Oktober nanti.

Dari Apple Watch Nike+ ‘Are we running today?’