Sebuah lagi kejayaan buat Apple setelah Apple Watch yang pada mulanya disangkakan bakal menjadi produk yang suram daripada Apple kini berjaya menjadi produk kedua terlaris dibelakang iPhone.

Berdasarkan laporan daripada BusinessInsider, Apple Watch berjaya mencatat jualan sebanyak 8 juta unit sepanjang Q4 2017. Rekod terbaru yang berjaya dicapai Apple ini sekaligus memboleh Apple Watch menjadi antara jam terlaris menandingi Rolex, Swatch dan beberapa lagi jenama tangan mewah yang lain.

apple-watch-series-3

Difahamkan inovasi yang dibawakan pada Apple Watch setiap tahun antara yang membuatkan orang ramai beralih kepada model ini.

Kolaborasi bersama beberapa jenama seperti Nike antara yang membuatkan Apple Watch sebagai jam tangan yang versatil. Pengguna bukan sahaja mampu memadankan Apple Watch untuk tampil mewah malah sesuai digunakan untuk bersukan.  

 

Melihat kepada sambutan hangat penjualan Apple Watch sebanyak 8 juta unit, mungkin harga bukan lagi isu besar buat pengguna apabila mendapatkan Apple Watch. Buat anda yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pengguna Apple Watch Series 3, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤