Apple Watch generasi pertama baru sahaja diumumkan pada tahun lepas. Pelbagai komen diterima daripada Apple mengenai Apple Watch dan salah satu topik hangat dibincangkan adalah mengenai harga Apple Watch yang agak mahal.

Walaubagaimanapun isu harga bukanlah masalah yang besar buat Apple memandangkan hasil penjualan Apple Watch pada tahun lepas dianggarkan 2 kali ganda berbanding iPhone. Mungkin disebabkan pengaruh artis membuatkan Apple Watch kelihatan cool dan premium membuatkan pengguna ingin mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

o-GOLD-APPLE-WATCH-PRICE-facebook

Pada tahun ini, Apple Watch generasi kedua bakal diumumkan dan dikatakan bakal disertai dengan sokongan data selular. Sokongan ini bakal membolehkan pengguna mendapat notifikasi terus kepada Apple Watch tanpa perlu memandankan dengan iPhone mereka.

Saya berharap dengan sokongan data selular ini tidak akan menggugat jangka hayat bateri Apple Watch dimana memerlukan pengguna perlu mengecas jam tangan pintar mereka setiap hari.

Apple dijangka bakal mengumumkan Apple Watch ini pada acara WWDC 2016 yang bakal diadakan pada 13 hingga 17 Jun 2016 ini.

Sumber