Mula dilancarkan seawal tahun 2015, siapa sangka Apple cuma memerlukan masa yang singkat untuk membuatkan orang ramai tertarik untuk memilih mendapatkan jam tangan keluaran mereka berbanding jam tangan jenama lain yang lebih berprestij.

Menurut laporan yang dikongsikan Strategy Analytics, Apple Watch sekitar September lalu sudah berjaya menduduki muncul sebagai lima jenama dengan penjualan tertinggi di Amerika Syarikat bersama Rolex dan Patek Philippe.

im-111903
Sumber: Wall Street Journal

Penawaran Apple Series 5 dan penurunan harga Apple Watch Series 3 pada tahun ini nampaknya turun membantu Apple untuk melonjakkan lagi penjualan jam tangan mereka sekaligus berjaya mengalahkan jenama-jenama keluaran Switzerland yang lain dengan jumlah jualan sebanyak 31 juta unit sepanjang 2019.

Peningkatan penjualan Apple Watch serta penurunan beberapa jenama berprestif keluaran Switzerland sekaligus memberi bayangan golongan muda kini lebih tertarik untuk memiliki jam tangan pintar berbanding jam tangan biasa. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga sudah mula beralih kepada jam tangan pintar keluaran Apple?

Ketahui bagaimana nyawa warga emas ini berjaya diselamatkan dengan bantuan Apple Watch.

Bagaimana Apple Watch Membantu Warga Emas Ini Ke Hospital Dapatkan Rawatan Kecemasan

Penuntut Universiti Alabama Gunakan Apple Watch Sebagai Kad Pelajar

Sumber