Mula diumumkan sebagai jam tangan pintar untuk membantu para pengguna melihat notifikasi, Apple Watch kini berjaya menjadi antara jam tangan terlaris di pasaran dan juga simbol fesyen.

Melalui model keempat yang bakal dilancarkan pada September ini, Apple dijangkakan bakal mengeluarkan rekaan baru buat Apple Watch setelah ketiga-tiga model sebelum ini mengekalkan rekabentuk yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

104726829-apple_watch_series_3.1910×1000

Selain itu, Apple juga dijangkakan bakal menawarkan Apple Watch dengan saiz skrin yang lebih besar dengan bezel yang lebih nipis untuk memberi ruang bateri yang lebih besar.

Sekiranya Apple Watch Series 4 dapat dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding sebelum ini, kami yakin model ini akan menjadi rebutan berdasarkan spesifikasi yang diumumkan. Berdasarkan ura-ura model terbaru Apple iPhone juga bakal ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding iPhone X.