Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Apple Watch Ultra telah diperkenalkan sebagai jam pintar yang paling tahan lasak serta berkemampuan tinggi. Pasti ramai yang mahu mengetahui sejauh mana jam ini benar-benar ekstrem seperti yang diperkatakan oleh Apple atau sebaliknya?

Bagi menguji ketahanan sebenar jam pintar Apple Watch Ultra yang baru dilancarkan, saluran YouTube iaitu TechRax telah melakukan ujian ekstrem ke atas peranti itu. Berdasarkan video yang disiarkan, TechRax telah mengetuk dengan kuat berulang kali menggunakan penukul besi pada jam pintar tersebut.

Sangat mengejutkan, skrin jam itu sedikit pun tidak tercalar atau pecah walaupun diketuk dengan agresif. Sebaliknya, meja yang mengalas jam pintar itu pula yang pecah terlebih dahulu. Bagaimanapun, selepas diketuk berulang-kali dalam tempoh tertentu barulah skrin kristal nilam (sapphire) itu beralih dan retak.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Konklusinya, ketahanan Apple Watch Ultra memang tidak dapat disangkal lagi sangat bagus untuk tujuan pengembaraan dan aktiviti outdoor yang ekstrem. Apple Watch Ultra kini ditawarkan pada harga RM3,799 buat pasaran tempatan.