Selain daripada melancarkan Xioami Mi Note 10 seawal minggu hadapan, Xiaomi nampaknya bersedia untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka melalui aturcara yang sama.

Apa yang menarik perhatian orang ramai pada kali ini sudah pastinya model jam tangan pintar ini yang dilihat sangat mirip dengan rekaan Apple Watch Series 1 sehingga Series 3. Rekaan kotak beserta digital crown dan butang fizikal antara yang membuatkan model ini dilihat lebih sama.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

191029-xiaomi-watch-01

Xiaomi Watch

Dinamakan sebagai Xiaomi Watch, model ini bakal dikuasakan oleh processor Snapdragon Wear 3100 dan turut menyokong sokongan 4G LTE beserta eSIM. Selain itu, sokongan Wi-Fi, Bluetooth, GPS serta kemampuan untuk membuat panggilan antara yang tersedia.

Xiaomi Watch dijangka bakal dikuasakan oleh sistem operasi Google Wear OS. Dua warna yang bakal ditawarkan pada model ini adalah hitam dan perak. Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi bagi Xiaomi Watch walau bagaimanapun mengetahui mengenai status jenama ini, pastinya harga yang rendah antara yang bakal ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar yang bakal dilancarkan Xiaomi pada minggu hadapan Xiaomi Mi Note 10 yang bakal dilengkapi dengan lima kamera belakang 108-megapixel. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Xiaomi Mi Note 10 Bakal Diperkenalkan Dengan Lima Kamera Belakang 108-Megapixel

BlackShark 2 Pro, Telefon ‘Gaming’ Mampu Milik Terbaru Daripada Xiaomi

Anda Mungkin Suka