Nike akan mengeluarkan warna Nike Air VaporMax Midnight Fog yang didatangkan dengan warna sepadan Apple Watch.

Warna Midnight Fog yang baru adalah merupakan kesinambungan koleksi Day to Night yang diilhamkan dari warna langit yang dilihat sepanjang hari. Malah dikatakan kasut ini sesuai untuk latihan cuaca musim sejuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nike VaporMax mengeluarkan tema warna sama dengan Nike Flyknit Roshe Run yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu warna kelabu hitam gelap di bahagian atas dan chrome purplish di sebelah sisi kasut.

Jam tangan Apple Watch Nike + Series 3 edisi khas untuk model kasut ini akan hadir dengan aplikasi Nike + Run Club, dan muka jam tangan Nike.

Harga di anggarkan untuk Midnight Fog Nike Apple Watch adalah dalam $399 (lebih kurang Rm 1,660.43) manakala bagi harga Nike Air VaporMax untuk Retail $190 (lebih kurang RM790.68) Kedua-dua akan dijual pada 24 November 2017.