Sejak akhir-akhir ini pelakon cilik, Puteri Balqis kembali menggegarkan industri seni apabila wajahnya kembali muncul di kaca TV setelah sekian lama menghilang dari dunia hiburan sebelum ini.

Baru-baru ini, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Aziz mendedahkan dia sering mendapat tawaran reviu produk tetapi ditolak kerana tidak sesuai dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber, pelakon telefilem Dania yang lebih mesra dikenali sebagai Aqish itu turut memohon maaf kerana menolak tawaran tersebut.

Malah, doktor berpesan agar Aqish tidak mencuba sebarang produk kerana bimbang akan menjejaskan kesihatanya disebabkan dia tengah mengamalkan ubat tidur dan ubat anti kemurungan.

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju,” ujarnya di Instagram story.

Menerusi Instagram story Aqish, dia memuat naik senarai produk yang terpaksa ditolaknya. Antara produk-produk itu adalah krim payudara dan punggung, produk pemutih, jamu, serta produk kesihatan.

Aqish turut mengatakan dia kurang pengetahuan tentang produk tersebut dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah kepada orang ramai.

“Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur,” katanya.

Dalam pada itu, Aqish pernah mencuba produk makanan sebelum ini tetapi tinggalkan kesan buruk pada badan Aqish sampai muntah dan demam.