DC Comics dan Warner Bros dikatakan dalam usaha untuk menghasilkan sekuel Aquaman yang dibintangi oleh Jason Momoa dengan mengambil semula David Leslie Johnson sekali lagi untuk menulis karya kedua Aquaman.

Aquaman-21

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Aquaman 2 nanti bakal dihasilkan oleh producer yang sama, Peter Safran dan Rob Cowan. Namun sama ada James Wan akan kembali ke kerusi pengarah masih belum diputuskan kerana James Wan masih dalam rundingan untuk kembali sebagai pengarah. Dapat dilihat juga kegembiraan Jason Momoa apabila mendapat perkabaran projek Aquaman 2 mendapat lampu hijau daripada Warner Bros.

Pihak Warna Bros dan DC Comics memutuskan untuk menyambung sekuel Aquaman apabila filem tersebut telah mencapai prestasi yang memberangsangkan untuk Warner Bros setelah memperolehi kutipan $1.12 bilion di seluruh dunia dan ianya sekaligus menjadikannya filem DC Comics pertama yang melepasi $1 bilion sejak filem The Dark Knight Rises pada 2012.

aquaman-image-11

aquaman-poster-detail

Kepada peminat filem Aquaman, watak villain mana yang anda mahu muncul untuk karya sekuel ini? Yang pasti Black Manta akan kembali untuk mebalas dendam.

Anda Mungkin Suka