Setelah diperkenalkan buat pertama kali dalam Justice League, ramai yang tidak sabar untuk menonton filem solo Aquaman ini dan melihat sejauh mana hebat Jason Momoa membawa watak Aquaman untuk filem solonya.

Jika anda suka perwatakan Aquaman, anda pasti akan bertambah suka Aquaman dalam filem terbaru DC Comics ini. Sedikit tentang sinopsis filem ini. Filem Aquaman akan mengambil premis selepas pertempuran Justice League dengan Steppenwolf. Ketika dunia sudah ‘aman’, kota di dalam laut Atlantis pula bergolak.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Perebutan kuasa untuk menjadi ‘King Of The Ocean’ antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur Curry (Aquaman) perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. Jadi apa yang menarik tentang filem Aquaman ini? Kami akan pecahkan dalam bentuk point.

1. Padat dengan aksi

Baru 5 minit pertama aksi pertarungan yang sangat cool sudah memeriahkan Aquaman. Camera movement untuk setiap aksi juga menambahkan lagi kehebatan setiap adegan aksi yang ada. Cerita ini juga tidak banyak ‘berbual’ kerana jalan cerita diselit dengan aksi yang membuatkan anda tidak akan bosan di sepanjang filem.

2. James Wan

James Wan

Pengarah kelahiran Malaysia yang terkenal menerusi franchise Saw, Insidious dan filem seram yang lain, James Wan nampaknya tidak mengecewakan. Apa akan terjadi jika anda gabungkan James Wan dan Jason Momoa dalam satu filem? Pastinya jadi sebuah filem yang hebat! Saya perasan ada shot yang mirip seperti shot yang ada dalam filem arahan James sebelum ini, Furious 7. Jika anda peminat setia James Wan, anda pasti akan lebih hargai filem Aquaman ini.

3. Bandar Atlantis yang cantik

Aquaman Atlantis

Aquaman akan membawa anda ke dunia baharu iaitu kota Atlantis. Dalam Aquaman akan diberitahu mengapa Atlantis boleh jatuh ke dalam laut dan mengapa puak Atlantis (Aquaman) boleh hidup di dalam dan juga di daratan.

Pada pandangan peribadi saya, jika anda berasa ‘WOW’ ketika melihat keindahan kota Wakanda, anda akan rasa perkara yang sama apabila melihat Atlantis.

4. Jason Momoa

Aqua 1

Aquaman adalah Jason Momoa dan Jason Momoa adalah Aquaman. Beliau sememangnya ditakdirkan untuk membawa watak Aquaman ini. Jika beliau tidak jadi Aquaman, saya gembira sekiranya beliau memegang watak Lobo. Tetapi tidak mengapa. Jika DC Comics mahu menghasilkan filem khas untuk Lobo, kena cari seseorang yang seperti Jason Momoa.

Personaliti chill Jason Momoa di dunia sebenar banyak membantunya untuk membawa watak Arthur Curry. Beliau tidak perlu try hard untuk curi hati penonton dan selepas menonton filem ini, anda pasti akan teringatkan Jason Momoa berhari-hari. Penampilan khas Willem Dafoe, Dolph Lundgren dan Nicole Kidman juga menyerikan lagi filem Aquaman ini.

Sampai ke hari ini kami masih bercakap tentang filem ini tentang betapa hebatnya filem ini (kami menonton Aquaman hari Khamis yang lepas). Kami sukakan cara James Wan bawa filem Aquaman yang lari sedikit daripada rasa ‘dark’ filem DC sebelum ini. Kami juga suka mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh Aquaman. Selepas anda menonton filem ini, anda pasti tidak mahu buang sampah ke dalam laut lagi.

Penduduk di China beruntung kerana mereka dapat menonton Aquaman seminggu lebih awal. Rata-rata yang sudah menonton memberi rating 8.5/10 ke atas untuk Aquaman dan kami bersetuju. Rasanya ada pawagam yang sudah menayangkan Aquaman lebih awal pada malam ini jika masih ada kekosongan, silalah menonton filem ini. Anda tidak akan menyesal.

Anda Mungkin Suka