Kejayaan filem Aquaman tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya meraih kutipan sebanyak $1.09 billion (~RM4.48 bilion). Lantaran kejayaan tersebut, Warner Bros dalam perancangan untuk tampil dengan filem spin-off.

Bagi filem ini, ia akan lebih tertumpu pada The Trench iaitu antara satu dari kerajaan bawah air dalam filem Aquaman. Akan tetapi, barisan pelakon utama seperti Jason Momoa, Amber Heard, Nicole Kidman dan Patrick Wilson dikhabarkan tidak akan terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault (3)

Ini mungkin akan mengecewakan buat peminat filem Aquaman yang menanti-nantikan kesinambungan filem tersebut. Filem tersebut masih lagi dalam tahap mengembangkan idea dimana Warner Bros baru melantik Noah Gardner dan Aidan Fritzgerald sebagai penulis filem spin-off Aquaman ini.

Baca lagi: Aquaman Kini Filem Terlaris DC Mengalahkan The Dark Knight Rises