Filem Aquaman yang baru ditayangkan di Amerika Syarikat meraih kutipan $70-75 juta (~RM292 juta) mengetepikan filem Bumblebee yang hanya berjaya meraih kutipan sebanyak $22 juta (~RM92 juta).

Untuk pengetahuan anda, filem Aquaman ini ditayangkan lewat di Amerika Syarikat dan tayangan awal di negara-negara lain berjaya mengumpul lebih daripada $350 juta (~RM1.46 bilion). Aquaman dijangka akan menduduki tempat teratas sepanjang Krismas.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Filem ini mengenai perebutan kuasa untuk menjadi ‘King Of The Ocean’ antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur Curry (Aquaman) perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan.

Filem Aquaman arahan James Wan ini menampilkan Jason Momoa, Amber Heard, Nicole Kidman, Patrick Wilson, Djimon Hounsou dan Willem Dafoe.

Anda Mungkin Suka