Selepas beberapa minggu ditayangkan, Aquaman kini sudah berjaya mengutip kutipan USD887.6 juta yang sudah pun melepasi jumlah kutipan filem paling tinggi DC Extended Universe (DCEU), Batman v Superman: Dawn Of Justice yang secara keseluruhannya mengutip USD873.5 juta.

Sebagai perbandingan, filem yang menampilkan Jason Momoa sebagai Aquaman buat kali pertama iaitu Justice League sekadar mengutip USD657.9 juta sahaja. Kutipan yang diterima Aquaman ketika ini menjadikannya filem DCEU dengan kutipan paling tinggi. Jumlah kutipan ini juga belum lagi muktamad kerana Aquaman masih lagi dtayangkan di pawagam seluruh dunia.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Namun perjalanan Aquaman masih jauh jika mahu menandingi karya The Dark Knight Rises oleh Christopher Nolan yang mengutip kutipan lebih USD1 bilion dan ianya tidak mustahil untuk Aquaman menjadi salah satu filem DC yang berjaya melepasi kutipan USD1 bilion.

James Wan nampaknya berjaya mengembalikan keyakinan penonton kepada dunia DCEU. Filem DC yang akan menemui peminat pada tahun ini adalah Shazam! yang merupakan filem pertama selepas ‘era Zack Snyder’. Adakah Shazam! akan jadi ‘fun’ seperti Aquaman? Sama-sama kita nantikan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

  • SUMBER
  • CB

Anda Mungkin Suka