Nampaknya kehangatan filem Aquaman tidak dapat disangkal lagi apabila kini Aquaman berjaya mengatasi filem The Dark Knight Rises sebagai filem yang mengutip keuntungan paling tinggi.

Menurut Box Office Mojo, Aquaman yang ditayangkan pada tahun lalu telah berjaya membuat kutipan sebanyak $1.09 billion (~RM4.48 bilion) diseluruh dunia mengatasi kutipan The Dark Knight Rises pada tahun 2012 iaitu $1.08 (~RM4.44 bilion).

Filem Aquaman berada di carta tertinggi Box Office berikutan tiada saingan hebat daripada filem lain yang sedang ditayangkan di Hollywood pada ketika ini. Pengarah Aquaman, James Wan turut mengeluarkan kenyataan bahawa karya sekuel untuk filem ini sedang dalam perbincangan.

Warner Bros juga dilihat gembira dengan hasil kerja James Wan dan tidak mustahil untuk kita melihat filem kedua Aquaman dalam masa terdekat. Tahniah buat James Wan atas pencapaian ini.